ORIENTALISME (Al-Istisyraqiyah - Orientalism) ialah satu gerakan penyelidikan mengenai hal-hal ketimuran khasnya mengenai agama Islam, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti sejarahnya, agama-agama di Timur, bahasa-bahasanya, falsafahnya, sosio-ekonominya, adat-istiadatnya dan keseniannya.
ORIENTALIS pula (Al-Mustasyriq - Orientalist) pula ialah seorang cendekiawan Barat (ataupun hasil ciptaan Barat) yang menitik-beratkan penyelidikan-penyelidikan di atas, khasnya berkenaan agama Islam dan penganut-penganutnya.
Itulah secara sepintas lalu berkenaan dengan Orientalisme dan Orientalis, khasnya bagi saudara-saudari pengunjung yang tidak mendapat gambaran mengenainya. Agar jangan pula disamakan Orientalisme dengan jam “Orient” sudah la.. he he he
FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN ORIENTALISME
(1) Faktor Keagamaan - seperti untuk menyaingi perkembangan Islam, ataupun untuk menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat, dan juga faktor kekalahan mereka di dalam Perang Salib.
(2) Faktor Penjajahan - Cuba tanya guru-guru sejarah, kalau benarlah Portugis datang ke Melaka tahun 1509 (lalu dihancurkan Melaka pada 1511) demi kerana rempah-ratus, maka mengapakah mereka datang dengan 19 armada laut? Dan mengapa dibawa Paderi Besar drp Sepanyol? Mengapa tak diundang chef-chef mereka untuk try kari kepala ikan, satay dan makanan serta rempah-ratus Melayu Melaka? Nyatalah guru-guru sejarah pun banyak dikelentong oleh penjajah dan tali-barutnya.
(3) Faktor Ilmu - Kerana Barat pada waktu itu masih “kelam”, tidak kenal langsung akan ilmu dan sains. Dengan mempelajari tamadun-tamadun ciptaan Muslimin khasnya di Sepanyol ketika itu, mereka boleh membina ketamadunan Barat. Satu lagi, pada waktu itu, sengit konflik di antara sekte-sekte agama Kristian, lalu mendorong mereka mempelajari bahasa-bahasa Timur yang menjadi bahasa-bahasa kitab-kitab suci mereka seperti Bahasa Hebrew, Sumaria dan juga Bahasa Arab, demi menegakkan “benang-basah mereka” di hadapan lawan mereka.
(4) Faktor Ekonomi - Sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi banyak di Timur. Menguasai Timur bermakna menopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka mahu memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam, khasnya dari Tanah Arab.
(5) Faktor Politik - Semakin banyak tempat yang dijajah, semakin gemilanglah nama negara penjajah itu. Di samping hendak mencari nama dan pingat daripada penguasa negara.
(6) Faktor Peribadi Dan Sejarah - Kerana dendam kesumat dengan perkembangan Islam semenjak zaman Saidina Rasulullah s.a.w, maka dengan gerakan ini, mereka akan belajar segala yang berkaitan dengan umat Islam, lalu akan diserang kembali umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka. “Bukankah sebatang pohon kayu takkan berjaya dibelah dengan hanya menggunakan mata kapak, melainkan mestilah juga diambil daripada pohon kayu itu juga sebagai ulu kapak itu”?
TUJUAN-TUJUAN UTAMA ORIENTALISME
(1) Menyelewengkan Aqidah Islam yang sebenar, kerana kekuatan utama umat Islam ialah Aqidah yang sahih.
(2) Cuba meragukan umat Islam terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan para ulama’ yang sebenar.
(3) Cuba menghina ataupun merendah-rendahkan Rasulullah s.a.w dan tugasnya sebagai utusan Allah Ta’ala.
(4) Melahirkan keraguan-keraguan terhadap sumber-sumber rujukan umat Islam dan ketamadunan yang ditempa oleh umat Islam zaman-berzaman.
(5) Cuba menyerang umat Islam dengan “serangan pemikiran” @ “perang saraf” kerana ini jauh berbahaya daripada perang dengan menggunakan senjata-senjata yang canggih lagi sofistikated.
(6) Sebagai khidmat dengan memeberikan laluan kepada Gerakan Kristianisasi (At-Tansir) dan Zionisme Yahudi (As-Sohyuniyah)untuk menjajah umat Islam.
*** Banyak lagi yang perlu umat Islam itu sendiri ketahui tentang kedurjanaan golongan Orientalis ini (walaupun ada juga di kalangan mereka yang mengkaji Islam secara insaf, namun sangat sedikit berbanding dengan mereka yang mengkaji berdasarkan dendam-kesumat dan niat yang busuk).
*** Sila dapatkan rujukan-rujukan anda mengenai hal ini…sudah banyak khasnya di dalam Bahasa Arab, Perancis dan Inggeris. Di dalam Bahasa Melayu dan Indonesia pun ada. Sebagai contoh buku yang cukup terbaik ialah buku “STRATEGI MUSUH MENENTANG ISLAM” Oleh Dr. Sa’aduddin As Saiyid Soleh, terbitan Darul Nu’man, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, KL.
*** Kalau non-Muslim seperti Orientalis ini boleh belajar Islam bersungguh-sungguh demi menghancurkannya, maka mengapakah tidak kita juga belajar bersungguh-sungguh demi mempertahankan agama Allah Ta’ala ini?
*** Syukurlah di institusi-institusi pengajian Islam ada didedahkan penyelewengan Orientalisme ini, khasnya di Fakulti Usuluddin (Theology) Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, hinggakan subjek ini diwajibkan kepada semua mahasiswa/i-nya khasnya mereka yang berada di tahun akhir pengajian sarjana muda (B.A).
*** Hairan juga, camna Dr. M dan JAKIM tak kenal Orientalisme ni? lepas tu cakap nak ambil tindakan terhadap mereka? Hai, sanggupkah Dr. M dan mereka di “balik sana” ndak menyanggah idea-idea tok-tok guru mereka seperti Raymond Lull, Samuel Zwimmer, Philip. H. Hitti dan kuncu-kuncunya??
*** Saya yakin lagi percaya, bhw kerajaan pimpinan Dr. M ini takkan berani ambil tindakan terhadap Orientalisme ini sebagai mana dibiarkan Anti-Hadis (JAM) dan penulis-penulis “murahan” seperti Astora Jabat, Farish Noor, Sisters In Islam dan kuncu-kuncunya masih terus meneruskan “dakyah sesat” mereka di media-massa sebagai merealisasikan dasar kerajaan yang “Islam Liberal” (kononnya)!!
Allahu a’lam bisshawab.
- Al-Ahkam